Halaman

Thursday, 26 February 2015

16 Fakta menarik mengenai Albert Einstain yang tidak kita ketahui

Kita sedia ketahui kepintaran Einstain bukan lagi sesuatu hal yang tersembunyi di sebalik kejayaanya ada fakta menarik yang mungkin tidak ketahui.?

1.Kebayakan dari penemuan Albert Einstain adalah melalui imiginasinya yang bermain di kepalanya berbanding penemuan yang dilakukan di dalam makmal.

2. Ketika beliau masih kecil beliau adalah kanak-kanak yang lambat belajar dan bercakap(namun ada pendapat mengatakan beliau adalah pelajar cemerlang di sekolah pertama yang dihadirinya)

3. Ahli Patalogi yang membuat autopsi pada mayat Albert Einstain telah mencuri otaknya dan menyimpanya di dalam sebuah jar selama 20 tahun
4. Duit kemenangan Anugerah Nobel yang beliau dapat diserahkan kepada bekas isterinya sebagai penyelesaian penceraian.

5. Beliau pernah ditawarkan sebagai Perdana Menteri Israel tetapi beliau menolaknya

6. Beliau gagal dalam ujian kemasukan universiti dan terpaksa mengulang pada tahun yang selepasnya

7. Walaupun kepakaran beliau dalam teori Relatif beliau tidak pernah memenangi anugerah nobel untuk itu,anugerah yang dimenanginya pada tahun 1921 adalah Photoelectric effect

8.Beliau juga adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang lemah, kadangkala beliau lupa nama,tarikh   dan nombor telepon sendiri.

9. Beliau mempunyai seorang anak luar nikah yang lahir pada tahun 1902

10. orang-orang terkenal seperti Einstain,Darwin,Allan Poe dan Saddam Hussein semua berkahwin dengan sepupu pertama mereka(sepupu sekali kot)

11.Ahli Fizik Austria Friedrich Hasenohrl adalah orang pertama yang mengunakan formula persamaan asas (E = mc² ) 2 tahun sebelum Albert Einstain Mengunakan dan mempopularkanya

12. Selain dari otak beliau, Mata beliau pun turut dicuri dan disimpan ke dalam Peti Selamat di bandar New york sehingga hari ini.


13.Yoda dalam filem Star Wars direka menyerupai Albert Einstain

14. Sepanjang hidup beliau, Einstain tidak pernah memiliki kereta dan tidak tahu memandu kereta

15. beliau juga tidak suka memaki stokin kaki

16. beliau mempunyai 1 bahagian dalam otaknya(parietal lobe) yang 15% lebih besar dari manusia biasa





Gila:Gadis dikurung kerana teman lelaki?

Zhang Qi kelihatan kurus dan tidak terurus setelah dikurung oleh ibubapanya

Seorang gadis telah dikurung dalam sebuah rumah oleh ibubapanya selama 6 tahun hanya kerana mereka tidak merestui hubungan dengan teman lelakinya dan memaksa dia memutuskan hubungan.

Dalam siasatan polis,gadis yang berumur 24 tahun dan dikenali sebagai Zhang Qi cuba melarikan diri beberapa kali dari kampung tempat tinggalnya yang terletak di Jinggang,wilayah Hubei pertengahan China sebelum dia dimasukan ke dalam sebuah bangunan yang telah ditinggalkan

Bererapa buah gambar dipercayai di ambil oleh penduduk kampung. 



Seorang penduduk kampung Chow Jen,50 berkata "Ibubapa gadis berkenaan adalah orang berpengaruh di kawasan kampung itu dan mereka tidak dibenarkan campurtangan dengan urusan keluarga itu"

"Semua orang tahu berkenaan gadis dalam rumah itu tapi tiada siapa yang berani melaporkan,saya telah berpindah dari kampung ini dan hanya sekali balik ke kampung ini untuk melawat jadi saya tidak takut akan ugutan mereka"

Beliau menambah lagi katanya "dia sangat gembira menyebarkan gambar ini dalam laman internet kerana pihak tempatan tidak mahu mengambil tindakan untuk berbuat apa-apa.

pihak polis belum memberikan apa-apa komen berkenaan dengan kes ini.

Wednesday, 25 February 2015

Jom tengok Hitachi Seaside Park

jom kita tengok antara tempat tercantik dunia Hitachi Seaside Park








kalau ada yang ada duit lebih-lebih belanja la saya gi sini erk..hihih

WOW:Duit jatuh dari langit

Duit jatuh dari langit di Negara terkaya di dunia Dubai?kaya atau tidak penduduknya berebut juga mengutip duit yang jatuh.sapa tak nak duit, Hehehe!!
penjalan kaki di Dubai memungut duit yang bertaburan apabila ia jatuh dari langit selepas dibawa oleh angin.
tidak diketahui darimana sumber duit itu datang yang pastinya duit yang dikutip mencecah  500 UAE Dirham lebih kurang RM490.

http://bcove.me/tdudpeak
klik untuk lihat video

Seorang susirumah telah menghentikan keretanya dan merakamkan detik-detik duit yang jatuh itu

"itu adalah hujan duit,dan 500 Dirham adalah banyak,sangat banyak"kata seorang pemuda tempatan di situ.

keyboard warrior, Bangsa Melayu, Hero atau Zero

Dunia semakin maju,peralatan semakin canggih kini peperangan bukan lagi hanya mengunakan senjata dan berada di medan perang, Kemunculan "keyboard Warrior" kini tidak asing lagi terutama dalam negara kita dan penyakit ni banyak terkena pada Bangsa Melayu sendiri munculnya mereka di laman sosial seperti Facebook,Twiter, Instagram dan banyak lagi seringkali kita lihat. Namun adakah mereka ini membawa kebaikan atau keburukan kepada masyarakat pada masa kini. Persoalanya bagaimana dan apa yang dipanggil Keyboard Warrior dan apa hubung kaitnya dengan orang melayu.
Tujuan saya menulis bukanlah untuk menghina bangsa saya sendiri tapi kenyataan sememangnya pahit untuk ditelan,sikap kita bangsa melayu yang banyak gosip,irihati kepada orang lain dan kadang benci pada individu atau parti-parti politik amat membimbangkan dan membawa kehancuran pada bangsa kita sendiri.
Tujuan saya menulis bukanlah untuk menghina bangsa saya sendiri tapi kenyataan sememangnya pahit untuk ditelan,sikap kita bangsa melayu yang banyak gosip,irihati kepada orang lain dan kadang benci pada individu atau parti-parti politik amat membimbangkan dan membawa kehancuran pada bangsa kita sendiri.kita seperti tidak malu bertelingkah dalam laman sosial sementara bangsa lain melihat dan mencari kelemahan kita,mereka juga tidak perlu mengangkat senjata cuma duduk atas kerusi dan melihat kita berperang sesama sendiri sehingga kita lemah dan mungkin cuma menjentik dengan hujung jari untuk menjatuhkan kita,Peliknya tidak ada kesedaran langsung pada diri kita.
Keyboard Warrior banyak menjurus kepada fitnah dan khabar angin semata-mata ini kerana kadangkala pendapat dan sumber yang mereka dapat adalah tidak sahih,mereka percaya pada apa yang mereka ingin percaya dan mereka menyampaikan tanpa memeriksa sumber itu terlebih dahulu akhirnya membawa kepada pertelingkahan,ada juga keyboard Warrior yang gemar mengunakan kata-kata makian dan ini sangat tidak elok dilihat pada kaum lain,merasakan diri mereka hebat apabila mengeluarkan pendapat dan fahaman yang mereka rasakan betul juga adalah punca adanya keyboard Warrior.
Namun hakikatnya tidak semua yang menjadi keyboard warrior membawa kesan negetif,kadangkala ada juga dari kalangan mereka yang memberi pendapat yang betul, pandangan-pandangan yang membina dan boleh diamati,dari diri kita sendiri untuk membezakan baik dan buruk apa yang cuba disampaikan oleh meraka,Jauhilah fitnah dan bukalah hati untuk tidak menjadi Keyboard Warrior.



Wednesday, 18 February 2015

Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?

Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?Kali terakhir tambang feri Pulau Pinang di semak adalah pada tahun 2005 - Foto Cmglee/Wikipeadia
BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif untuk perkhidmatan ferinya yang bakal menyaksikan peningkatan kadar tambang bagi semua jenis penumpang.

Notis hebahan dengan pekeliling itu telah dikeluarkan pihak SPPP sejak Isnin di Terminal Sultan Abdul Halim Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown.

Menurut pekeliling itu, kadar tambang yang dicadangkan bagi motosikal bakal dinaikkan daripada RM2 kepada RM3.50, kereta daripada RM7.70 kepada RM9, pejalan kaki daripada RM1.20 kepada RM2, dan basikal daripada RM1.40 kepada RM1.50 sen.

pekeliling tambang feri

Harga tiket bermusim untuk pelajar turut dicadang dinaikkan kepada RM6 daripada RM3, manakala dewasa kepada RM50 daripada RM30.

Bagi lori dua gandar empat tayar, ia dicadang dinaikkan kepada RM20 daripada RM13.20, sementara bagi lori dua gandar enam tayar kepada RM40 daripada RM27.50.

Kali terakhir tambang feri Pulau Pinang disemak adalah pada tahun 2005.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) yang mengendalikan feri Pulau Pinang sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian RM16 juta setiap tahun berikutan terpaksa menanggung kos bahan api yang tinggi bagi mengekalkan kadar tambang semasa.

Sementara itu, cadangan menaikkan harga tambang feri mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan penumpang feri di negeri itu yang kurang bersetuju dengan kadar terbaharu yang disifatkan terlalu tinggi.

Malah kenaikan itu agak membebankan pengguna yang turut berdepan dengan kenaikan harga barang.


Namun pengguna feri Pulau Pinang diberi ruang untuk mengajukan pandangan terhadap cadangan ini kepada pihak MPPP sehingga 2 Mac sebelum cadangan ini dimuktamadkan.

cerita saya 1

Sangat tertarik dengan cerita Secret life of Walter Mitty semalam,banyak kata-kata yang baik dan dapat menyedarkan kita tentang perjalanan kehidupan,ia juga bercerita tentang angan-angan melampau yang tidak akan tercapai selagi kita tidak berusaha mendapatkanya.

kadangkala hidup ini tidak salah kita berimiginasi kerana salah satu kejayaan bermula dari imiginasi kita,tokoh-tokoh yang hebat tidak akan menjadi terkenal dan terhebat kalau bukan kerana imiginasi,Telepon bimbit,komputer riba,television, dan berbagai benda yang wujud pada masa ini semua adalah hasil dari imiginasi mereka, dan yang membezakan mereka dengan kita adalah resepi mereka.

Balik pasal cerita Walter Mitty tadi saya suka dengan cerita ne,dia mengajar kita sesuatu tidak akan tercapai jika kita duduk sahaja,kita harus kejar apa yang kita rasakan perlu,seperti Walter Mitty banyak pengalaman dan tempat yang dia dapat menikmati bukan sahaja pemandangan yang cantik malah pengalaman yang hebat hanya kerana mencari sang jurugambar dan negetif yang dia inginkan sedangkan apa yang dicari ada dalam poket beliau.tapi kerana itu pulangan yang diterima berbaloi daripada duduk di dalam pejabat.

saya bercerita bukanlah mengalakan kita pergi ponteng dari pejabat,mencari pengajaran yang ada dalam ceta ne,kembangkan minda kita,jangan terperuk pada satu tempat sahaja,seperti slogan JDT "Luaskan kuasamu"
          

1MDB: Bayar hutang RM2 bilion dari sumber mana?

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mempersoal sumber kewangan yang digunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2 bilion dalam membayar hutang kepada bank-bank di Malaysia.

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pada 14 Februari lalu dalam kenyataannya memberitahu 1MDB telah menyelesaikan sepenuhnya hutang bernilai RM2 bilion yang dipinjam oleh anak syarikat, Powertek Investments Holdings Bhd.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Arul Kanda itu berkata, 1MDB perlu menyatakan sumber kewangan yang digunakan untuk membayar keseluruhan hutang tersebut.

"Adakah 1MDB menggunakan wang yang dikatakan telah dibawa pulang hasil pelaburan di Kepulauan Cayman ataupun sebenarnya meminjam pula daripada sumber kewangan pihak lain untuk membayar hutang.

"Terdapat juga ura-ura yang mengatakan 1MDB diselamatkan oleh Hartawan, T Ananda Krishnan melalui syarikatnya Usaha Tegas.

"Jika benar ini berlaku, ia sungguh memalukan bukan sahaja 1MDB tetapi kepada Perdana Menteri yang sering mencanang akan kehebatan 1MDB ini walau dikritik keras oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata 1MDB telah diberi dua kali lanjutan atau 'loan extension', setelah pihak bank ingin mengambil tindakan 'event of default', barulah syarikat milik kerajaan itu membuat pembayaran.

 "Sungguh jelas, terang dan nyata 1MDB ini adalah salah satu skandal kewangan terbesar negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang masih berada di dalam “denial syndrome”.

"Para penasihat PM mahupun Pegawai Kanan di Kementerian Kewangan sepatutnya bertindak berani untuk menyelesaikan isu 1MDB ini segera sebelum kanser ini merebak kepada seluruh sistem kewangan dan melumpuhkan ekonomi Malaysia," tambah beliau.

Beliau yang menuntut agar 1MDB tampil dengan berani dan telus untuk memberi penjelasan kepada umum berkaitan segala misteri dan persoalan yang berbangkit.

Mahfuz yang juga menggesa agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil dan menyiasat bagi mencari jawapan berhubungan kedudukan kewangan sebenar 1MDB.

"Usahlah menjadi seperti kata pepatah “bagai harimau yang hilang taringnya” sehingga sanggup membiarkan 1MDB ini terus diberikan keistimewaan demi mencapai matlamat pihak tertentu," kata Ketua Whip Ahli Parlimen PAS itu lagi. – HARAKAHDAILY 18/1/2015

kalau ada konspirasi saiful tidak pergi ke tiga hospital-shafee-54128?cp




PETALING JAYA: "Jika benar kes ini adalah konspirasi, mengapa Saiful terpaksa ke tiga buah hospital untuk membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu sehingga malam sebelum dapat berjumpa pakar?"

Itu persoalan yang dilempar Pendakwaraya kes Liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mempertikaikan tuduhan pembangkang bahawa kes itu satu konspirasi.

Tegasnya, seandainya bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan 'alat' untuk mengenakan pembangkang, kerajaan pasti akan memudahkan proses 'konspirasi' berkenaan dengan langkah yang tidak menyusahkan.

"Awal pagi Saiful ke Hospital Tawakal dan tidak ada doktor pakar untuknya, kemudian dia ke Hospital Pusrawi dan pakar menasihatkannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan.

"Saiful sampai ke HKL pada pukul 3.30 petang, jika pada saat ini ada tuduhan konspirasi lagi. Saya pun tidak tahu hendak cakap apa lagi kerana dia menunggu sehingga ke pukul 9.30 malam sebelum dapat berjumpa pakar," katanya.

Shafee berkata demikian semasa Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di sini pada malam Selasa.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Abd. Rahman Mohd Reza.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Anwar kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari hampir tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu Shafee menafikan dia menjadi agen UMNO kerana penglibatannya di dalam majlis penerangan berkenaan.

Ketika menjawab beberapa soalan daripada hadirin, Shafee menegaskan kehadirannya adalah kerana mahu menjelaskan situasi sebenar selepas kes itu selesai selain tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam UMNO.

"Saya merupakan seorang peguam profesional yang tidak mempunyai kaitan atau menjadi ahli dengan mana-mana parti politik.

"Saya adalah antara individu yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1986, dengan mewakili pihak yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46, ketika berlaku kemelut dalaman UMNO pada ketika itu.

"Jika tahu sejarah saya dengan UMNO, macam mana tuan-tuan boleh kata saya peguam UMNO?" tegasnya.

Sementara itu, Shafee memberitahu, hukuman yang dikenakan kepada Anwar adalah terlalu minimum selain mengakui telah mempersoalkan isu itu di mahkamah.

"Anwar seharusnya berterima kasih kerana mahkamah mempertimbangkan faktor usianya dalam menjatuhkan hukuman," ujarnya.

Sementara itu di dalam ucapan aluan, Khairy memberitahu, sesi penerangan berkenaan juga akan diadakan di beberapa negeri.

"Kita sudah tunggu lebih enam tahun sebelum kes ini selesai. Kita bersabar dan menanti masa sesuai untuk memberitahu fakta kes ini kepada umum.

"Jangan anggap kita akan diam selepas ini, kita akan melawan tuduhan konspirasi politik ini dan kita akan bawa Tan Sri Muhammad Shafee untuk menjelaskan kebenaran," jelasnya.





happy chinese new year everyone

happy new year.untuk semua kaum cina yang meraikanya.patutla rasa-rasa macam nak makan kambing!!!kikiki

Tuesday, 17 February 2015

Terperangkap tingkat 1

Mangsa terperangkap di tingkat 1

Ipoh: Mangsa kebakaran seorang ahli perniagaan Norhashimah Mohd Ismail, 48, dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kejadian kebakaran membabitkan rumah kedai di Jalan Greentown, Greentown Nova, di sini, awal pagi semalam.
Norhashimah ibu kepada lima cahaya mata mempunyai penyakit asma dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum ditemui tertiarap di ruang legar tingkat satu premis berkenaan oleh anggota bomba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, mayat mangsa ditemui dalam bilik tidurnya di tingkat satu premis berkenaan.
“Mangsa dipercayai sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P Samasuvam berkata, lima jentera dengan dibantu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.45 pagi.
Menurutnya, mangsa bersama empat anak dan 13 pekerjanya tinggal di tingkat atas rumah kedai itu.
“Mangsa dipercayai terperangkap dan terhidu asap menyebabkan sesak nafas dan meninggal dunia,” katanya.

cerita hantu

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek
bukak baju
tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

Harga minyak dunia naik

Harga minyak semakin naik dalam dagangan Asia

SINGAPURA: Harga minyak naik dalam dagangan Asia hari ini lantaran unjuran positif daripada pengeluar utama Kuwait, walaupun pada masa sama pelabur turut memberi perhatian kepada rundingan bermasalah antara Greece dengan kumpulan pemberi hutang.
Kontrak hadapan AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Mac naik 44 cents kepada AS$53.22 manakala Brent untuk penghantaran April naik 68 cents kepada AS$62.08 pada penutupan tengah hari.
Kerajaan baharu Greece yang anti langkah berjimat cermat yakin dapat meyakinkan Kesatuan Eropah untuk merundingkan semula syarat ditetapkan dalam pakej menyelamat AS$270 bilion yang didakwa merosakkan ekonomi negara itu.
Bagaimanapun, 18 anggota zon euro lain diterajui Jerman tetap mahu Greece mengamalkan langkah jimat cermat seperti ditetapkan dalam pelan sekarang.

Sumber : Berita Harian

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat datang.tujuan blog ini adalah untuk menambah pengatahuan dan berkongsi maklumat.semua apa yang dikongsi dapat kita manfaatkan dan menjadi hiburan buat anda semua.

Terima Kasih