Halaman

Tuesday, 3 March 2015

WOW:Lembu paling kecil di dunia

Lembu ini hanya mempunyai ukuran setinggi 61.5cm ,Lembu yang diberi nama Manikyam ini hidup seperti biasa di ladang lembu milik Balakrishnan Nambukudy yang terletak di bandar Atholi,Wilayah Kerala selatan India.

En Nambukudy menjaga lembu ini sejak ia lahir lagi dan memberi makan dan minum sama seperti lembu lain jagaanya, Peliknya lembu itu tidak membesar seperti kebiasaan.

Dia Berkata "dia tidak sama seperti lembu lain dan saya sedari beratnya tidak bertambah seperti lembu yang sama baka denganya."

"Dia adalah mahkluk yang sangat istimewa bagi kami dan ia seperti ahli keluarga kami, Manikyam juga memberi respon apabila kami memanggil namanya."

Walaupun tubuh badan Manikyam kecil tapi tidak ada kecacatan lain pada tubuhnya.

Manikyam juga telah dinobatkan lembu terkecil di dunia oleh Guinness Book Of Record dan telah mengalahkan pesaing terdahulu yang lebih 3 inci dari Manikyam.

Manikyam dijaga seperti haiwan peliharaan dan ia juga dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah dan En Nambukudy berkata ia adalah haiwan yang sangat pandai kerana ia akan menyahut apabila dipanggil

Seorang penduduk kampung Dayanand Kumar berkata"Kami menggangap lembu sebagai haiwan jelmaan tuhan dan kami melihat lembu yang comel ini adalah lembu yang ssuci dan dirahmati.









No comments:

Post a Comment