Halaman

Monday, 2 March 2015

WOW:Kerana cinta wanita tidak kisah hilang RM3.6 Juta

Wanita ini belum pernah berjumpa dengan teman lelaki Afrikanya tetapi telah membelanjakan £900,000 atau RM3.5 Juta untuknya,Tanpa sedikitpun rasa menyesal.

Sarah yang telah dua kali berpisah dengan suaminya telah bertemu dengan Chris Olsen,18 bulan yang lalu melalui media sosial dan mereka juga dikatakan selalu berhubungan melalui telefon selama berjam-jam setiap hari.

Dan setiap waktu lelaki itu meminta wang daripadanya,Walaupun loghat lelaki itu berubah-ubah setiap masa namun Sarah tetap percaya yang lelaki ini benar-benar ada.

Beliau berkata Chris selalu cuba untuk pergi ke A.S tetapi tidak dapat memasuki negara itu kerana sering ditangkap atas tuduhan palsu, Sarah memberitahu kepada Dr Phil.

Dia berkata yang Chris berasal dari Milan tetapi berniaga di Afrika Selatan dan kadangkala beliau berada di Nigeria dan Benin.

Sarah berkata lagi 'Seorang yang menarik datang dan berkata"Wow anda seorang yang tidak mungkin menyakiti lalat "dan saya berkata"Lelaki ini sangat kacak dan saya tidak percaya dia menegur dan bercakap dengan saya"

Sarah telah membayar hotel, peguam, kad kredit curi dan wang jaminan tahanan sebanyak $550,000 (£360,000).

Dan apa yang dikatakan oleh Sarah? 'saya percaya Chris mengangap saya sebagai seorang isteri.

Beliau menambah lagi 'Saya selalu terfikir adakah ini satu penipuantetapi saya percaya 95 peratus apa yang Chris cakap adalah benar.

Sarah ke rancangan DR Phil untuk meminta beliau menyatukan mereka berdua.

Lihat Video untuk selanjutnya



No comments:

Post a Comment