Halaman

Monday, 9 March 2015

Era baru Gothik, tarian comel?

Gothik sinonim dengan berpakaian ganas,serba hitam dan menakutkan kini era baru mereka telah muncul dengan membuat tarian comel mereka.

lihatlah sendiri video mereka :



lihat lagi :




Agaknya mereka dah bosan jadi ganas.

Friday, 6 March 2015

30 tahun tidur atas sampah

Melaka: Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap (PR) sanggup tidur di atas longgokan sampah sejak 30 tahun lalu demi mahu meneruskan kehidupan di sini.

Yusof Lasam, 70, tidur hanya beralas kain dan kotak terbuang dalam sebuah bangsal usang yang dijadikan tempat berteduh.

Menurut Yusof, dia tidak pernah menikmati kemudahan bekalan elektrik malah segala keperluan air diangkutnya dari kawasan perumahan berhampiran.

“Dulu, saya pernah guna lilin dan pelita sebagai penerang pada waktu malam namun sejak peristiwa badan hampir terbakar dalam satu kejadian kebakaran, saya tidak berani menggunakannya lagi dan sekarang cuma guna lampu suluh saja.

“Kemudahan air pula diangkut menggunakan botol dari kawasan perumahan berhampiran,” katanya ketika ditemui di tapak pembuangan sampah haram di Jalan Panjang, Banda Hilir, di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro


Thursday, 5 March 2015

ketahui lebih lanjut

Wednesday, 4 March 2015

Hiburan :Bayi menangis peminat tegar Taylor Swift


Siapa sangka bayi yang baru berusia 6 tahun adalah peminat setia Tailor Swift, dalam video tersebut bayi kecil ini berbaring di atas sebuah selimut dan menangis, peliknya dia akan berhenti menangis bila terdengar lagu Taylor Swift "Blank Space" dan apabila musik berhenti perlahan dia akan menagis semula.

enjoy this video


Taylor Swift sendiri dalam Twitternya berkata "ia adalah perkara palinghebat yang pernah saya lihat"

Jika anak anda meragam cubalah ini.
Click Here!

Back to the Future Monopoly akan dilancarkan??

Bagi peminat Back to the futur ini adalah khas untuk anda,
Permainan terkenal ini akan dilancarkan pada musim panas ini dalam bulan May ini bersamaan dengan ulangtahun ke 30 pengembaraan klasik mereka.

Maklumat mengenai permainan ini telah diwartakan di laman web World of Monopoly dan pek pertama telahpun dipamerkan di Pameran Permainan London.

contoh mini Delorean sebagai item permainan

Permainan ini dilaporkan akan laris di pasaran A.S pada bulan May ini dengan harga anggaran usd39.99 atau RM150 walaupun harga rasmi belum disahkan.


WOW : Model Harley Davidson Klasik yang telah dihentikan pengeluaranya

Kepada peminat-peminat khususya motor berkuasa besar jenis Harley Davidson ini adalah evolusi motor ini.


Harley Davison atau H-D atau Harley adalah syarikat motorsikal kuasa tinggi yang berasal dari Milwaukee Wiskonsin Amerika Syarikat, Nama Harley Davison diambil dari nama pengasasnya, William S Harley dan Arthur Davidson, era Harley Davidson Bermula pada tahun 1903 hingga ke hari ini.

Kini motorsikal jenis Harley Davidson adalh model yang paling digemari oleh peminat motorsikal kuasa besar.

berikut adalah model Harley Davidson dari tahun 1903 dan ini adalah model yang telah dihentikan pengeluaranya.

                                                      The Harley no 1(1903-1904)
                                                  Harley-The First V-Twin (1909-1910)
                                                 Harley Davidson X8E (1912-1913)

 
                                                    Harley Davidson JDH (1928-1929)

Harley Davidson EL (1937-1943)
Harley Davidson XA (1941-1942)
Harley Davidson FL (1941-1948)
Harley Davidson WLA(1942-1944)
Harley Davidson FL Hydra Glide (1949-1952)
Hummer (1955-1959)
 KHK (1955-1956)
Topper(1960-1965)
Sprint (1961-1974)
Scat (1961-1965)
Sporter Steamliner(1970-1971)
FX1200(1970-1971)
FLH1200 Electra Glide(1970-1978)
XLCR1000 Cafe Racer (1977-1980)
FLT Tour Glide(1980-1984)
Nova (1980-1981)
FXB 1340 Sturgis(1991-1992)
VR1000 (1994-2001)
 

 

 
 

 


Model-model Harley diatas telah dihentikan pengeluaranya dan mempunyai nilai tinggi di pasaran.





WOW : seorang artis membina Marcedes Benz mengunakan batu bata

Pastinya ini adalah kereta yang anda tidak mahu berlanggar denganya.

Replika kereta Marcedez ini dibina sepenuhnya mengunakan batu bata merah dan dibina oleh artis yang bernama Dai Yun berasal dari Xi'an,China

Dai Yun yang juga bekerja di  Shenzhen Public Art Center, Membina Model kereta Marcedez Benz SLK dan ia hanyalah pameran dan tidak boleh digunakan di jalan raya
jika anda peminat kereta jenis ini berkunjunglah ke China di mana ia dipamerkan di Red Town Creative Park di shanghai.




Berkongsi maklumat dengan kami..
bersama kita menyebarkan ilmu yang bermanfaat

Tuesday, 3 March 2015

WOW:Lembu paling kecil di dunia

Lembu ini hanya mempunyai ukuran setinggi 61.5cm ,Lembu yang diberi nama Manikyam ini hidup seperti biasa di ladang lembu milik Balakrishnan Nambukudy yang terletak di bandar Atholi,Wilayah Kerala selatan India.

En Nambukudy menjaga lembu ini sejak ia lahir lagi dan memberi makan dan minum sama seperti lembu lain jagaanya, Peliknya lembu itu tidak membesar seperti kebiasaan.

Dia Berkata "dia tidak sama seperti lembu lain dan saya sedari beratnya tidak bertambah seperti lembu yang sama baka denganya."

"Dia adalah mahkluk yang sangat istimewa bagi kami dan ia seperti ahli keluarga kami, Manikyam juga memberi respon apabila kami memanggil namanya."

Walaupun tubuh badan Manikyam kecil tapi tidak ada kecacatan lain pada tubuhnya.

Manikyam juga telah dinobatkan lembu terkecil di dunia oleh Guinness Book Of Record dan telah mengalahkan pesaing terdahulu yang lebih 3 inci dari Manikyam.

Manikyam dijaga seperti haiwan peliharaan dan ia juga dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah dan En Nambukudy berkata ia adalah haiwan yang sangat pandai kerana ia akan menyahut apabila dipanggil

Seorang penduduk kampung Dayanand Kumar berkata"Kami menggangap lembu sebagai haiwan jelmaan tuhan dan kami melihat lembu yang comel ini adalah lembu yang ssuci dan dirahmati.









Monday, 2 March 2015

Gila:400 orang memotong kemaluan kerana ingin dekat dengan Tuhan

Gurmeet Ram Rahim Singh seorang penceramah agama yang mempunyai anggaran harta sebanyak £26m (RM100 Juta)dan mempunyai 50 juta orang pengikut di seluruh dunia.
seorang dari pengikutnya telah membongkar rahsia 15 tahun selepas Gurmeet Ram Rahim Singh memberi arahan pada 400 pengikutnya memotong kemaluan mereka untuk dekat dengan tuhan,

Gurmeet yang juga adalah ketua organisasi socio-spritual Dera Sacha Sauda, Memberitahu 50 Juta pengikutnya untuk memotong kemaluan mereka.


Saksi mengatakan Prosuder pemotongan berlaku di Hospital milik Gurmeet sendiri pada tahun 2000 dan hanya selepas 15 tahun baru ia membuka rahsia itu.

Gurmeet yang mempunyai Harta Sebanyak £26m atau RM100Juta juga adalah seorang bintang filem,

Menurut Sydney Morning Herald, Gurmeet juga didakwa atas tuduhan konspirasi pembunuhan jurnalis penyiasatan pada tahun 2002 dan tuduhan serangan seksual atas beberapa pengikut wanitanya tetapi dia tidak pernah didapati bersalah.

Kes yang terbaru ini telah dibawa oleh Biro penyiasatan India atas tuduhan menyebabkan kemudaratan pada tubuh badan pengikutnya.

WOW:Kerana cinta wanita tidak kisah hilang RM3.6 Juta

Wanita ini belum pernah berjumpa dengan teman lelaki Afrikanya tetapi telah membelanjakan £900,000 atau RM3.5 Juta untuknya,Tanpa sedikitpun rasa menyesal.

Sarah yang telah dua kali berpisah dengan suaminya telah bertemu dengan Chris Olsen,18 bulan yang lalu melalui media sosial dan mereka juga dikatakan selalu berhubungan melalui telefon selama berjam-jam setiap hari.

Dan setiap waktu lelaki itu meminta wang daripadanya,Walaupun loghat lelaki itu berubah-ubah setiap masa namun Sarah tetap percaya yang lelaki ini benar-benar ada.

Beliau berkata Chris selalu cuba untuk pergi ke A.S tetapi tidak dapat memasuki negara itu kerana sering ditangkap atas tuduhan palsu, Sarah memberitahu kepada Dr Phil.

Dia berkata yang Chris berasal dari Milan tetapi berniaga di Afrika Selatan dan kadangkala beliau berada di Nigeria dan Benin.

Sarah berkata lagi 'Seorang yang menarik datang dan berkata"Wow anda seorang yang tidak mungkin menyakiti lalat "dan saya berkata"Lelaki ini sangat kacak dan saya tidak percaya dia menegur dan bercakap dengan saya"

Sarah telah membayar hotel, peguam, kad kredit curi dan wang jaminan tahanan sebanyak $550,000 (£360,000).

Dan apa yang dikatakan oleh Sarah? 'saya percaya Chris mengangap saya sebagai seorang isteri.

Beliau menambah lagi 'Saya selalu terfikir adakah ini satu penipuantetapi saya percaya 95 peratus apa yang Chris cakap adalah benar.

Sarah ke rancangan DR Phil untuk meminta beliau menyatukan mereka berdua.

Lihat Video untuk selanjutnya